Thursday, February 18, 2010

Happy Belated Birthday Ammar!

My dear Ammar,

Sekejap je abang dah 4 tahun kan?
Anak mommy ni dah besar...dah pandai cuci berak sendiri. Dah pandai kencing dlm toilet yang gelap. Abang juga dah pandai tolong mommy sikit2 kan? macam angkat kain jemuran dan juga tolong basuh kereta mommy yang comot tu! Then abang juga dah pandai baca doa nak mula belajar tu kan? Nanti thn depan mommy ajar abang basuh pinggan dan menyapu pula. Ala, buat sama2 dengan adik. Bukan apa, nanti kalau mommy takde abang & adik senang blh uruskan diri sendiri.

Then anak mommy juga tak malas sgt la nak bangun pagi untuk pergi sekolah. Mommy harap sampai besar abang rajin bangun pagi ya nak! Mommy tau sesekali abang payah nak bangun sebab tidur lewat so mommy allow few minutes for you to sleep.

Abang, mommy harap abang membesar jadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama kita. Walau di mana abang berada, abang mesti ingat asal usul dan berpegang teguh pada ajaran agama kita ya! Abang mesti ingat mommy & daddy & adik sayangkan abang.

Lagi satu harapan mommy buat waktu ini...
kurangkanlah keinginan nak beli toys tu...dah banyak sgt la nak...
lebih baik kita beli buku atau makanan atau beli baju...

Sempena harijadi abang ni kan, mommy hantar sebiji kek besarrrr punya kat taska abang supaya abang blh makan dengan kawan2. Abang suka bumblebee & mask raider kan? Tgk tu mommy dan touch up gambar 'kawang baik' abang tu dgn abang sekali! Mommy tau abang sgt teruja tgk gambar tu..hehehhe. Then kek tu abang kata nak merah...takpelah, even daddy kata macam kek girl, mommy tak kisah. Abang kata nak merah, mommy kasi merah! enjoy ya sayang!

2 comments:

wannie ross on February 21, 2010 at 6:22 PM said...

bel...bila birthday ammar?
riana dan ammar selang sebulan ye?
dah besar anak-anak kita kan...

semoga ammar menjadi semakin pintar dan bijak....

beldandy on February 22, 2010 at 1:58 PM said...

Wannie, his birthday on february...yup mereka selang sebuln but ammar sama bulan dgn daddy nya..so every jan & feb..I rabak!hahahha

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template