Tuesday, December 1, 2009

Hujung tahun tiba lagi

Dah masuk December?
Betul ke?
Cepat betul masa berlalu...sedikit pun tak menunggu kita kan?
Siapa yang lengah alamat tertinggal lah nampaknya.

Biasanya bulan Disember ni ramai yang mula pasang azam tahun baru...
I rarely do that. Pada aku...azam ni bukan setakat tunggu tahun baru. Ianya boleh di buat pada bila-bila masa sebaik sahaja kita beriktikad untuk melakukan sesuatu perubahan. Jadi azam tahun baru tak penting untuk aku. Cuma yang selalu aku lakukan ialah mengenang kembali setahun yang telah berlalu. Segala peristiwa yang di hadapi aku imbas kembali sambil cuba mengambil iktibar. Kiranya puaslah aku membelek note book yang tebal macam novel Bukan Puteri Lindungan Bulan tu. Macam-macam ada dalam tu..segala urusan rasmi dan juga personal. Sesekali aku tertawa melihat coretan2 yang entah apa maknanya (coretan sambil berbual di telefon). Lagi lebar senyum aku bila terlihat ada resepi dlm buku tu! hahahaha... Asyik sungguh.

Aku dah pun siap buat note book untuk tahun depan. mmg jadi kebiasaan aku buat note book sendiri, ada la personal touch skit! nak usung sana sini pun macam best je. Last year Cover merah menyala, this year aku pilih warna kesukaan aku, Pink. Sebenarnya bila tiba hujung tahun aku jadi makin sibuk...masa ni la macam2 report nak kena keluar, tak menang tangan di buatnya. Tapi alhamdulillah aku dapat selesaikan, walaupun kadang2 muka jadi masam macam cuka!

Hmmm...aku sangat mengantuk waktu ini. Malam tadi aku tidur lewat menyiapkan 2 dozen mini cuppies untuk kak Ayu. Mulanya bukan main idea datang mencurah tapi time nak deco tu blur habis! Mengenangkan aku belum pernah cuba nozzle rumput tu, maka aku pun cubalah buat rumpat-rumpai tu atas cuppies. Hasilnya? aku rasa kurang puas hati sbb buttercream mlm tadi agak meragam, ia sedikit lembut berbanding biasa. Aku tengok org lain buat cantik je rerumput tu,. Bila aku buat macam rumpai laut plak jadinya! Takpe la..nnt cuba lagi. Kak Ayu kata dia saja order untuk anak2 dia sebab anak2 dia suka makan. Aku harap ka Ayu puas hati! TQ for your support kak!
Dah siap kak ayu punya, aku sambung tidur sebelum bangun pagi untuk deco birthday cake pula. Birthday cake ni untuk office aku yang mmg akan potong kek setiap bulan. This time, tuan punya birthday request ice cream cake...so aku pun cuba yang terbaik untuk buatkan chocolate ice cream cake. Moga mereka semua puas hati!

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template