Thursday, October 22, 2009

Rahsia

Ku kira selama ini menyimpan rahsia semudah ABC.
Apa jua yang perlu di rahsiakan, aku simpan jauh di dalam laci hati. Belum pernah ada yang terkeluar tanpa izin tuan punya rahsia. Ya memang mudah bangat bagiku.

Namun Allah itu MAHA Besar. Dugaannya untukku cukup mudah.
Di berinya aku Rahsia yang ku kira cukup sukar untuk aku simpan.
Makin aku simpan, makin ia ingin membuak keluar.
Makin ia membuak, makin kacau jiwaku.
Makin kacau jiwaku, langsung hilang aku di hanyut jaringan rahsia itu.

Namun aku cepat sedar.
Aku yang sering lupa ini segera memohon agar aku di kembalikan semangat.
Semangat untuk aku terus berdiri sebagaimana aku yang sebenarnya.
Aku tak lupa berdoa agar apa yang hilang dariku akan ada hikmahnya dan mungkin jika di izinkan terus kembali padaku.

Sesungguhnya, rahsia itu tidak mudah di jaga....

3 comments:

wannie ross on October 22, 2009 at 11:25 PM said...

Bel...semoga semangat you pulih seperti biasa....

dlittlekitchen on October 23, 2009 at 8:56 AM said...

be tough gal...

beldandy on October 23, 2009 at 10:02 AM said...

Pushing myself dear...

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template