Friday, February 27, 2009

perspektif yang berbeza

Allah Maha Mengetahui.
Kalau dulu aku tak suka (read : benci) dengan this lady N. Bermula dengan sikapnya yang suka nak menang bila bercakap sedangkan kata-katanya tidak berfakta langsung. Di tambah pula dengan sikap suka menipu dan menambah cerita, dan lagi suka menjaja cerita, juga cukup suka mejawab (read : melawan) sudah cukup buat aku pangkah N. Tapi dek keterpaksaan aku menjaga ke'professional'an aku, aku hanya bercakap yang penting2 sahaja, esp bila dia tak menjalankan tugas seperti yang aku mahu. Nak berborak kosong maafla..suaraku hanya sampai di rengkung. Entah kenapa keras benar hati aku. Mungkin kerana pendirian aku terlalu jauh berbeza dengan N. Lalu N sering menjadi isu polemik di pejabat...kerana sikapnya yang cukup memuakkan semua.

Tapi satu kejadian itu (sesi perang dunia ketiga) membuat aku mula melihatnya dari pespektif yang berbeza. Bila dia kelihatan seperti teraniaya, aku tumpah kasihan. Justeru dia ingin berhenti, aku mengambil kesempatan untuk menghamburkan berbakul kata-kata nasihat yang tak bertapis. Segala apa yang aku nampak silapnya, aku beritahu N. Terpulang samada dia ingin terima atau tidak. Surprisingly, she changed bit by bit. Bagus...sangat bagus. At least now, telinga aku tak perlu lagi dengar komplen tentang N dan isu polemik itu tamat serta merta. Mungkin dia ingin menyahut seruan aku agar usah diberi ruang untuk mereka2 itu mencari setiap silap dalam tugasnya. Buatlah seperti yang di arahkan, bukan seperti yang di ajar oleh orang yang tak berkenaan.

Kini perasaan benci itu munkin telah lenyap. Aku seakan boleh bercakap dengannya kembali, cuma aku sengaja menghadkan perbualan kami. Mungkin benar kata kebanyakkan office mate aku bahawa luaran aku menampakkan kesombongan tahap gaban wujud dalam diri aku. Walaupun pada hakikatnya hanya Allah yang tahu....

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template