Wednesday, August 13, 2008

tidurku tak lena...

Sejak isnin lepas tidurku agak kurang lena...
Malam tadi lebih lagi kerana Riana demam...

Kisah tentang jiran aku membuatkan aku terdiam sejenak. Aku duduk berfikir kembali tentang hidup sebagai seorang hamba allah bergelar isteri. Kisah tentang dia yang baru aku ketahui membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata. Emosi yang bercampur baur...fikiran yang berkecamuk semuanya bersatu dalam diri ku...

Patutlah sudah hampir 3 minggu kami tak nampak suami M. Awalnya Am memberitahu aku suaminya ada seminar tapi tak mungkin lama sangat hinggakan Sayang pun tegur lama tak nampak suami M. Malam Ahad aku dapat tahu suami M mmg langsung tak balik selepas mereka bergaduh besar di depan rumah. Aku ada ketika tu tapi tak pula telinga aku jadi antena untuk tangkap segala pergaduhan mereka. Cuma yang pasti mereka gaduhkan tentang nak ambil Maid. Rupanya M ingin ambil maid tapi suami enggan kemudian M kena tipu dengan agen penipu membuatkan suaminya bertambah marah. Dengan keadaan tempat kerja yang agak bermasalah kewangan, suami M mungkin lebih tertekan. Yelah nak ambil maid bukan murah! But again, M even kena tipu still nak ambil maid dgn agen baru pula. Aku faham mengapa dia perlukan maid. Dengan dua anak yang rapat dan amat lasak serta seorang bayi yang masih kecil, M mungkin sudah tak terlarat menguruskan rumah tangga sendirian. Belanja untuk hantar anak ke taska sahaja dah lebih RM500. Balik rumah nak kena kemas lagi..buat itu ini..sedangkan suami balik rumah tahu siap saja. Cukup memenatkan bagi isteri yang berkerja pagi ke petang. Lebih baik ambil maid yang gajinya kurang dari RM500 dan rumah pasti teratur bila pulang dari kerja. hati senang, nak layan suami pun ada masa. tapi siapalah suami untuk memahami semua ini...
Tapi apa pun dah suaminya tak setuju, M sepatutnya akur. sudahnya suami keluar tak balik-balik.

Suamiku bergurau mengatakan mungkin suami M akan kahwin lain. mmmm...fikiran lelaki, sama aje...begitu senang selesaikan masalah. Actually bukan selesaikan masalah tapi lari dari masalah. itulah bacul namanya! Jika sudah rasa benci atau tidak suka lepaskanlah secara haknya. Tapi itulah realiti hidup ini. Aku dapat tahu lagi bahawa sememangnya suami M ada wanita lain. kali ini dari mulut anak M sendiri. kata anaknya mama yang bagi tau...Aku terkesima...

Aku membayangkan hidup M sekarang. Bergelut menguruskan 3 anak, rumah dan tugas sebagai pendidik dan pada masa yang sama di beban masalah ditinggalkan suami! Aku dapat merasakan betapa sakit dan tertekannya M. Kami jiran-jiran pun bukan ada masa sangat nak berbual2. jadi M mungkin berasa tiada tempat mengadu. Aku cukup kasihan...kerana aku seringkali membayangkan jika aku berada di tempat M. Apa yang aku akan lakukan? Nauzubillah...minta di jauhkan.

Namun aku hairan...menagapa jika suami sudah tidak suka tidak bercerai sahaja?
mengapa harus di gantung tanpa tali? Suami senang membawa diri sedangkan isteri dan zuriatnya sedang berjuang untuk masa depan...Dan akhirnya aku menangis sendiri...

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template